Objektif

Menjadi antara peneraju perubatan alternatif berasaskan herba yang utama di seluruh Malaysia dan dirantau Asia melalui sistem pemasaran secara online mahupun offline.

Matlamat

Mencapai sasaran jualan produk sekurang-kurangnya sebanyak 10,000 unit sebulan dalam tempoh 2 tahun setelah ia dipasarkan secara online. Sasaran jualan ini akan ditingkatkan sehingga melebihi 30,000 unit sebulan dalam tempoh 5 tahun.

Syarikat ini juga menyasarkan untuk memperkenalkan satu produk baru berasaskan herba setiap bulan.

Melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera IKS yang memasarkan produk berasaskan herba yang dibekalkan oleh Tuanku Dr Shafary.

Misi

Mempelbagaikan lagi rangkaian produk-produk berasaskan herba dan juga program penyelidikan yang berupaya meningkatkan lagi mutu keluaran yang berkesan dan dapat membantu melegakan pelbagai jenis penyakit yang dialami.

Menyedia dan memberi kemudahan bagi usahawan untuk terus mengembangkan pengetahuan dan memantapkan lagi perniagaan ke arah kejayaan diri, keluarga, dan masyarakat.

Mewujudkan empayar perniagaan dan melahirkan usahawan yang berdaya saing dan berdaya tahan serta menguasai pemasaran produk berasaskan herba Tuanku Dr Shafary sehingga diarena antarabangsa.

Kepuasan Pelangan adalah matlamat kami, keselamatan dan kualiti adalah wawasan utama kami, untuk memberi perkhidmatan kepada pelangan kami tanpa sebarang aduan atau kelemahan kepada kualiti perkhidmatan yang kami berikan. Kami berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada semua pelangan kami.

Visi

Menjadi salah satu jenama yang terkenal di dalam bidang produk kecantikan dan kesihatan keluaran tempatan berasaskan herba, serta mempunyai kepelbagaian produk untuk dipilih oleh pengguna di segenap lapisan umur dan masyarakat.

Ingin Khidmat Nasihat Berasaskan Perubatan Ayurveda

Dapatkan Khidmat Nasihat! Tempah Temujanji Sekarang

Buat Temujanji